BURGER

borang permohonan cepat

NAMA PENUH:
NO KAD PENGENALAN
NO TEL :
Email Address:
ANDA BLACKLIST ? : YA
TIDAK
TAK PASTI
PERNAH BLACKLIST/CTOS/CCRIS ? : Pernah
Tidak Pernah
Tak Pasti
Pernah keluarkan EPF ( nyatakan ) :
MASALAH UNTUK DIBANTU : Cari Rumah
Cari Kedai
Cari Tanah
Jual Rumah
Jual Kedai
Jual Tanah
Pembiayaan Semula Rumah ( Refinance )
Pinjaman Peribadi ( swasta )
Pinjaman Peribadi ( Kerajaan )
Pinjaman Peribadi ( Pesara )
Pinjaman Perniagaan
Pelaburan Hartanah

Untuk pengiraan kelayakan pinjaman perumahan anda,maklumat dibawah amat diperlukan :

Pendapatan Pemohon :
komisen
Pendapatan Sampingan
Pekerjaan Sektor : Kerajaan
Swasta
Bekerja Sendiri
Jumlah EPF akaun 2 ( terkini ):

KOMITMEN BULANAN :

Pinjaman Peribadi
Kad Kredit : Bayaran Minimum
Sewa Beli ( Kereta / Motor DLL )
Lain2 komitmen
Lokasi yang anda berminat : Ampang
Balakong
Bangi
Bangsar
Batu Caves
Bukit Jalil
Bukit Jelutong
Cheras
Damansara
Hulu Selangor
Kajang
Kelana Jaya
Kepong
Klang
Kota Kemuning
Kuala Lumpur
Melawati
Mont Kiara
Shah Alam
lain-lain ( nyatakan dibawah )
Lain2 Lokasi :
bajet bulanan :

SILA LAYARI BLOG INI UNTUK RUJUKAN DAN PENJELASAN YANG LEBIH DETAIL BERKENAAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DIURUSKAN OLEH KAMI..

https://www.facebook.com/pages/BELI-Rumah-Tanpa-DEPOSIT/365453816877139

ATAU HUBUNGI TALIAN BANTUAN TERUS DI 016-9300485


Get your own free form like this one.

Isnin, 23 September 2013

TERES 22 X 70 hanya RM130k untuk dijual

LOKASI  : SUNGAI UDANG,KLANG
HARGA : RM 130K
TERM : CASH

FULLY RENO
- FULLY TILES
- PLASTER CEILING
- 3 ROOM
- 1 BATHROOM
- INCLUDE GRILL











UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI SAYA BOB 016-9300485


Isnin, 17 Jun 2013

SHARING IS CARING - Awas ! Apakah Bahayanya Teh Ais ?

Awas ! Apakah Bahayanya Teh Ais ?



Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.
Teh Ais
Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.

Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang.

“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal,  teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.

Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama. Hanya saja, penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula , orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

      Pembentukan Batu Karang
Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging.

Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong. 

SHARING IS CARING - KUKU anda dan PETANDA penyakit yang anda hidapi !

KUKU anda dan PETANDA penyakit yang anda hidapi !



Memandangkan pada topik penjagaan kaki sebelum ini terdapat banyak soalan dan kemusykilan berkaitan keadaan kuku, saya tertarik untuk berkongsi dengan anda bagaimana keadaan kuku boleh menjadi petunjuk tentang keadaan kesihatan kita.

1-Pale nail / kuku yang pucat
Keadaan ini adalah normal apabila usia meningkat. Walaubagaimanapun, kadang kala kuku yang pucat juga merupakan simptom kepada penyakit berikut:
  • anemia
  • congestive heart failure
  • diabetes
  • kegagalan hati
  • kekurangan zat makanan
kuku
2-White nail/ kuku berwarna putih
Hampir keseluruhan kuku berwarna putih dengan bingkai kuku lebih gelap menandakan masalah hati seperti hepatitis. Dalam gambar ini jari menjadi 'jaundiced' atau kekuningan disebabkan masalah hati.

kuku putih
3- Yellow nails/ kuku kekuningan
antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Dalam keadaan di mana jangkitan sudah menjadi teruk, lapisan kuku mungkin tertarik (retracted), kuku semakin menebal, pecah serta hancur.
Dalam kes terpencil pula, kuku menjadi kuning merupakan tanda kepada keadaan keadaan serius seperti penyakit berkaitan thyroid yang teruk atau psoriasis (penyakit autoimmune pada kulit dan joint)
Kuku Kuning


4- Bluish nails/ kuku kebiru-biruan
Keadaan kuku yang kebiru- biruan menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Keadaan ini boleh berlaku oleh pelbagai sebab seperti jangkitan paru- paru atau pneumonia. Sebab tubuh  tidak mendapat oksigen yang cukup adalah terlalu luas dan untuk memastikannya hendak lah berjumpa doktor.

Kuku kebiruan

5-Rippled Nails/ kuku berkedut atau seakan- akan berombak
Keadaan ini merupakan tanda- tanda awal psoriasis(penyakit autoimmune pada kulit dan joint) atau inflammatory arthritis.
Kuku Ripple

6-Cracked or Split Nails/kuku retak atau merekah
Keadaan ini dikaitkan dengan masalah thyroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuningan pula menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman.

Kuku Retak

7-Puffy nail fold/ bengkak pada lipatan atau kawasan sekeliling kuku
Kulit sekeliling kuku kelihatan merah dan bengkak dikenali sebagai inflamasi atau keradangan 'nail fold'. Keadaan ini berlaku disebabkan penyakit lupus atau masalah pada connective tissue yang lain.
Kuku Puffy
8-Dark Lines Beneath the Nail/ garis hitam di bawah kuku
Keadaan ini perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma; sejenis kanser kulit yang berbahaya
Kuku Bergaris hitam
9-gnawed nail/  kesan kerkahan atau gigitan pada kuku
Menggigit kuku mungkin merupakan tabiat biasa seseorang namun dalam sesetengah kes ia merupakan petunjuk kepada persistent anxiety atau gelabah/kebimbangan yang berterusan.  Tabiat menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan Obsessive compulsive disorder; sejenis abnormaliti pada minda yang berkaitan dengan rasa gementar dan gelabah yang mendorong kepada melakukan suatu tabiat (seperti menggigit kuku) bagi mengurangkan rasa gelabah tersebut. Sekiranya pesakit tidak boleh berhenti dari tabiat ini, anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan.
Kuku Gnawed

.:. Keadaan kuku merupakan cuma sebahagian dari petanda keadaan kesihatan kita. Walaupun perubahan pada keadaan normal kuku boleh menjadi simtom atau petunjuk kepada pelbagai penyakit , namun ia jarang hadir sebagai first sign atau tanda awal. Kebanyakan ketidaknormalan kuku juga boleh jadi tidak berbahaya; tidak semestinya orang yang kukunya berwarna putih mengidap hepatitis . Namun, langkah berjaga- jaga perlu diambil. Sekiranya anda mendapati kuku anda bermasalah, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.